Sunday, October 23, 2011

Tekanan Quiz Bahasa Ketiga

Belajarlah untuk hidup dalam kekurangan.
Tahanlah nafsu yang bergelora.
Dahulukan apa yang penting.
Tinggalkan perkara yang sia-sia.

Dalam hidup ini, pasti kita tidak mampu memiliki semua.
Didik lah hati sentiasa bersederhana.
Jangan terbiasa meminta-minta.
Jangan selesa pakai orang punya.
Selagi kita boleh hidup dengan kekurangan kita.
Dengan ilmu janganlah berkira.
Kalau terkurang, jangan malu untuk bertanya.
Bila berilmu, jangan mendabik dada.
Kerana pasti ada yang lebih baik daripada kita.

Bila melihat orang lain lebih daripada kita.
Bisikkan pada hati " biarlah, itu rezeki mereka".
Janganlah kita tebal kan kulit muka.
Meminjam dan buat barang itu macam kita yang punya.

Biar selapar mana pun kita.
Melihat orang makan tanpa mempelawa.
Jangan lah kita meminta tanpa menunggu disua.
Kerana kita tidak tahu apa yang dikorbankannya.
Baju kita bertukar baru, perut kita diikat pula.
Baju dia kelihatan lusuh, tapi perutnya bahagia.

Jangan manjakan diri dengan segala-galanya.
Kerana suatu masa nanti dunia akan kembali ke zaman purba.
Tiada elektrik mampu dijana.
Tidak bergerak kenderaan itu walaupun ada rodanya.

Jangan dikejar hidup sempurna.
Kerana dunia ini hanya sementara.

No comments: