Saturday, February 26, 2011

It is Your Birthday Emak!!


Puan Zaharah binti Hj. Othman

Happy 56th Birthday!!!!!

mak, i look at you

and see walking miracle.

Your unfailing love without limit,

your ability to soothe my every hurt,

the way you are on duty, unselfishly,

every minute, every hour, every day,

makes me so greatful

that i am yours, and you are mine.

With open arms and open heart,

with enduring patience and inner strength,

you gave so much for me

sometimes at your expense.

You are my teacher,

my comforter, my encourager,

appreciating all, forgiving all.

Sometimes I took you for granted, mak.

but I don't now, and I never will again.

I know that everything I am today

relates to you and your loving care.

I gaze in wonder

as i watch you being you-

my miracle, my emak..

By Joanna Fuchs


P/S: I love you emak..

Sunday, February 20, 2011

Camni rupenye SENAMROBIK ye? baru tahu!

This is how i thought it would be..
sebab tu semangat nak masuk!

Ingatkan buat ramai-ramai..
(gambar ni google je)

& ade orang lead kat depan.. (google jugak)

ternyata SALAH!!!

inilah hasilnye~~




ceteka que yang mana 1???
kami punya biase-biase je..
orang lain lagi gempak..
huhu..
takpe, yang penting semangat tu ade :D




Thursday, February 17, 2011

pokok tumbang tepi kolej kenanga

Date: 16 Februari 2010
Venue: Kolej kenanga, Tepi kenanga 1

prakkk bruuushhhhhh.....
terkejut gile bile dengar bunyi tu!
macam orang curah air yang penuh dari menara tangki air tu!
dasyat memang dasyat...

bile dah realized ape yang jadi wartawan bertugas pun menjalankan tanggungjawab~~~

view from my room (luar tepi sikit actually)

ni sume kuasa Allah..

tayar kereta tu bocor kot.. tak tahu ape lagi yang rosak =(

Pokok tumbang & kereta kesian :'(

bawak2 bersabar ye owner myvi...

malang tak pakai perfume.. so tak boleh nak bau..

2nd reporter :)

root @ akar

kereta lain dah xboleh keluar.. kena block dengan pokok..
mesti cuak diorg..

owner saga datang.. mesti die sedih..

clearing process

sekian sahaja berita lemau pada hari ini..

Ape yang jadi semua ade hikmah,
harap-harap owner2 kereta rosak akan tabah & pasrah

lesson: jangan park kereta tepi pokok.. bahaya!
tapi ni semua takdir kan................

Sunday, February 13, 2011

Bila Cik Rumet Berkanta Sentuh ...


Sape tak tahu kanta sentuh tu ape?
lens contact ( direct translation!)
contact lens la..

Rumet saye beli contact lens..
ini kerana beliau mahu melompat-lompat pada 27 februari 2011..


same eye with same mole :)

tadaaaaaaaaaaa...

mata mimie besar!
bila pakai contact lens teros jadi macam kucing..
miau2..

Saturday, February 12, 2011

murni & bersih


Hello

Hi

Ape Kabar?


text sape tu ha????
ni gambar kat PD tadi.. kak yah yang amek..
bile camera dah xde batt, xbole nk pose lagi =(



tadi Naquiah Othman (nama je sama dgn que.. orang lain2 taw) bagitahu maksud nama NAQUIAH= Murni, Bersih.. (suci nye nama!)
lepas ni kalau orang tanya boleh la jawab dah.. (macam haritu lecturer MKT tanye.. aiyo!)
terima kasih tak terhingga diucapkan kepada emak yang telah membelek-belek buku nama -nama dan memilih nama yang murni & bersih ini kepada bayinya..
Danke emak!


BYE!

Wednesday, February 9, 2011

What a day.....

Guten Abend! eh, ni dah pukul 11.30.. kene guna Gute Nacht ke eh? tak pe lah.. abaikan je..

Hari ni tak berapa best.. mood terumbang-ambing macam bot nelayan yang dipukul ombak..
mungkin sebab penat & kehilangan darah.. bukan la hilang sebab tercicir.. ehehe..

sebab tu nak update blog.. mane tahu boleh hepi2 balik kan bila mengarut-mengarut ni..

Bagi que, waktu lab lah yang paling best.. sebab boleh ambil-ambil gambar dengan instrument yang sah-sah tak ade kat rumah.. ade yang besar, ade yang comel, ade yang pelik.. macam-macam lah..


ni vernier caliper.. dulu - dulu kat sekolah panggil angkup verniier..
tengook la tu.. siap ade replika yang besar lagi..
que ni budak biologi, memang kagum la dengan instrument2 fizik!
wewit!

ni micrometer kalau tak silap..
dengan donut kak nurul..
rindu beliau..

dua gambar atas ni, gambar sem lepas. waktu tu kena belajar subjek physics for non major..
tapi still tak puas hati sebab budak yang major fizik tak kena pun amik any biology subject!


ok, ni gambar baru..
hari ni ade first biochemistry lab..
barang - barang tak boleh bawak masuk, so kena la simpan dalam locker..
dulu time sekolah kat putrajaya best!
ade locker sendiri..
macam omputeh plak rase!

baju giraffe!! comel kan!
masuk2 kelas microbe tadi kawan2 kata que pecinta haiwan..
pastu ima sebut ULAR..
eeeee..tamau! giraffe takpe la jugak..

(sila abaikan tudung yang selebet itu)

ni kak chik.. sangat pemurah orangnye..
bile la die nak kawen ek?

ni kawan baik lagi sorang.. cik umi sarah namenye..
umi ni lemah lembut, sopan santun & berbudi bahasa..
untung siapa yang dapat buat beliau jadi bini..
ehehehe

| kak aisya (taken!)| kak chik | atiqah ( i think she is still available)|

kenapa tiba-tiba malam ni macam sibuk je nak jadi match-maker??
sabar je la.

| kya | umi | k.aisya | k.chik | iqa |

ni test tube.. kot-kot la ade yang tak kenal kan!~

MIXER!
baru je berkenalan tadi.. seronok!
mixer ni digunakan utk mix kan solution..
ye la, test tube kan kecik, tak boleh la nak kacau-kacau solution tu guna sudu macam kite kacau teh..
ataupun macam kacau ayam masak lemak cili padi yang tak boleh pecah minyak tu..
(teringin pulak)

ni spectrophotometer.. ni kite guna kalau nak tahu banyak mana cahaya yang boleh tembusi solution..


Lepas lab ni que, kak chik & umi pergi makan.. tiba2 que teringat ade kempen derma darah, esok klas semua cancel so xboleh nak derma esok, que pun dengan semangat berkobar2 nak pergi derma darah.. curi masa sebelum masuk kelas marketing.. tadi masuk lambat sikit.. mintak ampun ye Pn.Lecturer ;)

nak derma darah ni ade syarat2.. jom kite tengok ape syarat2nye.. que carik kat laman web, eh,WEBSITE pusat darah negara tadi..



Kriteria Penderma





Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. 1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan. | memang la sihat, perut dah penuh |
  2. 2. Berumur di antara 18-60 tahun. | i'm turning 22 y/o this year |

· Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga

· Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.

  1. 3. Berat badan melebihi 45 kg. | yeah, definitely i'm more than that! |
  2. 4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan. | cukup kot ;p |
  3. 5. Tiada masalah kesihatan. | alhamdulillah takde buat masa ni |
  4. 6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan. | ubat gigi je pagi tadi |

· Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan

· Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.

  1. 7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa) | kenyang ok! |
  2. 8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:

· Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual) | katakan tidak |

· Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual) | katakan tidak |

· Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur | katakan tidak |

· Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis | katakan tidak |

· Mengambil dadah secara suntikan | katakan tidak |

· Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas. | katakan tidak |

  1. 9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis. | aferesis tu ape? siapa tahu please let me know ok, malas nak google sendiri |

  2. 10.Untuk penderma wanita:

· Tidak mengandung. | belum ada rezeki | ehehe.. gatai!

· Tidak datang haid. | tidak |

· Tidak menyusukan anak. | ni pun belum ade rezeki |

  1. 11.Jangan menderma darah jika anda:

· Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau

Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih

· Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

{ saya rakyat malaysia yang tidak sampai hati meninggalkan negara tercinta }

perkara wajib.. | bergambar |

saguhati dari pihak PDN ~ plaster~

malas nak pakai plaster lama-lama..
darah dah tak keluar, boleh la cabut plaster..
(sesungguhnya mencabut plaster yang terlekat bulu roma itu lebih sakit berbanding mencucuk jarum besar kat tangan anda!)

okay, sesiapa yang memenuhi syarat-syarat tu boleh la derma darah.. jangan kedekut taw! penderma darah ni banyak kelebihan.. nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat website PDN.. kat atas tu que dah bagi link kan.. klik je..

pastu nak ingatkan ni... sape2 yang masuk lab tu, hati-hati.. jangan rosak kan barang2.. sebab semua barang tu mahal-mahal.. orang lain pun nak guna nak carik ilmu.. :)

ok lah, lab dah habis.. so kena lah buat report..(actually nak buat lab before raya cina ni) ehehehe.. kena hantar hari jumaat.. sehingga bertemu lagi! Jaga Diri Hiasi Peribadi!