Wednesday, February 9, 2011

What a day.....

Guten Abend! eh, ni dah pukul 11.30.. kene guna Gute Nacht ke eh? tak pe lah.. abaikan je..

Hari ni tak berapa best.. mood terumbang-ambing macam bot nelayan yang dipukul ombak..
mungkin sebab penat & kehilangan darah.. bukan la hilang sebab tercicir.. ehehe..

sebab tu nak update blog.. mane tahu boleh hepi2 balik kan bila mengarut-mengarut ni..

Bagi que, waktu lab lah yang paling best.. sebab boleh ambil-ambil gambar dengan instrument yang sah-sah tak ade kat rumah.. ade yang besar, ade yang comel, ade yang pelik.. macam-macam lah..


ni vernier caliper.. dulu - dulu kat sekolah panggil angkup verniier..
tengook la tu.. siap ade replika yang besar lagi..
que ni budak biologi, memang kagum la dengan instrument2 fizik!
wewit!

ni micrometer kalau tak silap..
dengan donut kak nurul..
rindu beliau..

dua gambar atas ni, gambar sem lepas. waktu tu kena belajar subjek physics for non major..
tapi still tak puas hati sebab budak yang major fizik tak kena pun amik any biology subject!


ok, ni gambar baru..
hari ni ade first biochemistry lab..
barang - barang tak boleh bawak masuk, so kena la simpan dalam locker..
dulu time sekolah kat putrajaya best!
ade locker sendiri..
macam omputeh plak rase!

baju giraffe!! comel kan!
masuk2 kelas microbe tadi kawan2 kata que pecinta haiwan..
pastu ima sebut ULAR..
eeeee..tamau! giraffe takpe la jugak..

(sila abaikan tudung yang selebet itu)

ni kak chik.. sangat pemurah orangnye..
bile la die nak kawen ek?

ni kawan baik lagi sorang.. cik umi sarah namenye..
umi ni lemah lembut, sopan santun & berbudi bahasa..
untung siapa yang dapat buat beliau jadi bini..
ehehehe

| kak aisya (taken!)| kak chik | atiqah ( i think she is still available)|

kenapa tiba-tiba malam ni macam sibuk je nak jadi match-maker??
sabar je la.

| kya | umi | k.aisya | k.chik | iqa |

ni test tube.. kot-kot la ade yang tak kenal kan!~

MIXER!
baru je berkenalan tadi.. seronok!
mixer ni digunakan utk mix kan solution..
ye la, test tube kan kecik, tak boleh la nak kacau-kacau solution tu guna sudu macam kite kacau teh..
ataupun macam kacau ayam masak lemak cili padi yang tak boleh pecah minyak tu..
(teringin pulak)

ni spectrophotometer.. ni kite guna kalau nak tahu banyak mana cahaya yang boleh tembusi solution..


Lepas lab ni que, kak chik & umi pergi makan.. tiba2 que teringat ade kempen derma darah, esok klas semua cancel so xboleh nak derma esok, que pun dengan semangat berkobar2 nak pergi derma darah.. curi masa sebelum masuk kelas marketing.. tadi masuk lambat sikit.. mintak ampun ye Pn.Lecturer ;)

nak derma darah ni ade syarat2.. jom kite tengok ape syarat2nye.. que carik kat laman web, eh,WEBSITE pusat darah negara tadi..



Kriteria Penderma





Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. 1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan. | memang la sihat, perut dah penuh |
  2. 2. Berumur di antara 18-60 tahun. | i'm turning 22 y/o this year |

· Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga

· Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.

  1. 3. Berat badan melebihi 45 kg. | yeah, definitely i'm more than that! |
  2. 4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan. | cukup kot ;p |
  3. 5. Tiada masalah kesihatan. | alhamdulillah takde buat masa ni |
  4. 6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan. | ubat gigi je pagi tadi |

· Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan

· Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.

  1. 7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa) | kenyang ok! |
  2. 8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:

· Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual) | katakan tidak |

· Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual) | katakan tidak |

· Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur | katakan tidak |

· Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis | katakan tidak |

· Mengambil dadah secara suntikan | katakan tidak |

· Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas. | katakan tidak |

  1. 9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis. | aferesis tu ape? siapa tahu please let me know ok, malas nak google sendiri |

  2. 10.Untuk penderma wanita:

· Tidak mengandung. | belum ada rezeki | ehehe.. gatai!

· Tidak datang haid. | tidak |

· Tidak menyusukan anak. | ni pun belum ade rezeki |

  1. 11.Jangan menderma darah jika anda:

· Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau

Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih

· Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

{ saya rakyat malaysia yang tidak sampai hati meninggalkan negara tercinta }

perkara wajib.. | bergambar |

saguhati dari pihak PDN ~ plaster~

malas nak pakai plaster lama-lama..
darah dah tak keluar, boleh la cabut plaster..
(sesungguhnya mencabut plaster yang terlekat bulu roma itu lebih sakit berbanding mencucuk jarum besar kat tangan anda!)

okay, sesiapa yang memenuhi syarat-syarat tu boleh la derma darah.. jangan kedekut taw! penderma darah ni banyak kelebihan.. nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat website PDN.. kat atas tu que dah bagi link kan.. klik je..

pastu nak ingatkan ni... sape2 yang masuk lab tu, hati-hati.. jangan rosak kan barang2.. sebab semua barang tu mahal-mahal.. orang lain pun nak guna nak carik ilmu.. :)

ok lah, lab dah habis.. so kena lah buat report..(actually nak buat lab before raya cina ni) ehehehe.. kena hantar hari jumaat.. sehingga bertemu lagi! Jaga Diri Hiasi Peribadi!


5 comments:

Iszati said...

omg! :) baju kurung yg 1st tu comel sgt :P

Anonymous said...

huhu menarik!!! bace smpi gu;ing2 taw.. huhu - lukeman..

~Queen Q~ said...

isz: thanks! import dari tangkak je :p

~Queen Q~ said...

lukman: kenapa nak guling2? ape yang lawak?? adoyai.. ehehe

Y a T C i E said...

lawanya spectrophotometer.sini nye cikai saja.
mak sy pesan, tayah derma darah sbb bulan2 pun dah derma darah.haha.
joke! ;P

tak berani lagi nak keluarkan darah banyak2.takut pengsan.