Thursday, July 14, 2011

Berkebarung di Dusun Durian...

Assalamualaikum. Minggu lepas, 9hb Julai 2011 saye balik kampung abah. Kampung abah kat Perak. Tapi atok & mak opah dah takde, so kami tidur kat rumah PakChu.. PakChu ni adik bongsu abah.. Entry q pasal baby tu, anak PakChu la.. hehe..

Introducing.. The King of Fruits : King Duran Duran I.
Meh sini q cerita pasal dusun ni.. Dusun ni ade dua bahagian. 1 kat atas, 1 kat bawah. tengah- tengah dusun ni ade highway. Dusun ni terpisah sebab government nak buat highway. Highway tu from where to where, q tak ingat.. Sebelah dusun atas ade kilang ayam. mereka sembelih ayam kat situ kot. 
  • gambar kat dusun bawah. CTM amek pic ni dari atas tebing.. huhu.
  • durian berlonggok tepi pokok durian.. sape tak kenal pokok durian sila angkat tangan!! (pity you ^-^ )

abah & CtM kat dusun atas.


Durian & Cempedak
  • atas kiri         : cempedak rosak
  • atas kanan     : cempedak ditebuk tupai & durian rosak
  • bawah kiri     : durian mengkal
  • Bawah kanan: Pemangsa Durian + Cempedak.
Cempedak yang ade tak masak lagi, so tak boleh nak amek. Ok, meh sini q nak cerita pasal durian mengkal. 

A: Ehhh. Durian ni tak masak lagi laaaa.
B: Durian mengkal la. Bukan durian tak masak.
A: Theheeee..

Durian mengkal tu durian yang jatuh sebelum masak. Masak buah-buahan dengan masak nasik & lauk-pauk tu lain ok!. Durian mengkal ni durian yang kesian. sebab die kene hempap + tindih + langgar dengan durian yang dah masak & gugur. Dah ditimpa kemalangan tu, durian mengkal pun jatuh..  eh, tahu kannnn buah durian ni tak boleh dipetik-petik.. Superhero yang kuat je boleh main petik-petik. tapi takde makna la nak petik, sebab bukannye masak lagi pon. Buah durian yang jatuh je orang buat makan. Buah lain takdenye  orang kejar-kejar nak kutip yang dah jatuh.. ehehehe.. tu lah specialnye Raja Buah ni..

Macam mane nak tahu durian tu mengkal???
  • Oh, senang je. durian mengkal ni padat. bile kite goncang-goncang durian tu die takde bunyi. kalau durian yang dah masak, kalau kite goncang ade bunyi sebab die dah tak padat & boleh hentam-hentam kulit durian tu. Ohye, kulit durian yang ade partition banyak-banyak tu orang panggil pangsa. takde.. takde.. pangsa durian ni takde kena-mengena dengan rumah pangsa @ Flat hijau kat putrajaya tu.. hohoho..
  • Durian mengkal takde bau.. durian yang dah masak, perrrrrgh. bau die menyengat.
  • Kalau orang yang tak larak nak angkat & goncang durian, nak angkat bau pun tak larat jugak, adalah baiknya sekiranya anda mengekalkan keayuan anda itu. hehehehe..DAH TU NAK BUAT LAGU MANA??? ok2.. klau tak larat tu, anda dipersilakan pegang 2 duri durian guna ibu jari & jari telunjuk, lepas tu rapat kan duri-duri durian itu. kalau boleh rapatkan tu, even tak rapat, tapi boleh gerak, kira ok la.. dah masak la tu.
ade pokok getah sesat.. hehe.

1,2,3...


1. kutip durian dengan mak.
2. dalam dusun ni. dusun atas.
3. kena melintas highway sebab kereta kat sebelah sana.
 eh, perasan tak saye dengan ayunye pakai baju kebarung masuk dusun ni? hahaha.. kitorang dari KL, ade kenduri kawen. balik Perak terus pergi dusun. tak jejak rumah pun lagi. hehe..

CtM pandai cari durian, belah durian pun pandai. TAPI, beliau TAK MAKAN durian.. sabar je la.

Mak saya dengan paksa relanya menekan capture button kat camera.. hahaha. mak awak ade?

ni la jalan nak masuk dusun belah atas. 

orang lain pun makan & buka durian tapi xde la sampai darah tangan kan?



action je lebih ni.. haha.

sebelum bawak balik, kite kena la bersihkan durian dulu.. buang daun-daun yang melekat.
Hasil kutipan kami..

Location: Kg. Langkor, Perak.


  • Atas kiri: Sape yang jumpe signboard ni, maknenye die dekatttttt je dengan dusun durian.
  • Atas kanan: Sape jumpe tulisan ni, die pencari harta karun Malaysia.
  • Tengah kiri: gambar teksi abah dari dusun sebelah atas.
  • Tengah kanan: Nak prove lagi dusun ni tepi highway.
  • Bawah kiri: Nak prove lagi sekali dusun ni tepi highway.
  • Bawah kanan:Nak prove for the last time yang dusun ni tepi highway.

Teringat plak time volunteering haritu jumpe runner dari New York.

Me: Where are you from sir?
Him: I'm from New York.
Me: Big Apple City!.
Him: yeah.. you know???
Me: Yes sir, I do.. ehehe (bangge). Sir, do you know that we do have Big Apple Shop in Malaysia? they sell doughnuts. They do sell doughnuts with local flavour such as Durian.
 Him: oh really? I'll look for the shop after i finished my marathon.
Me: okay sir, i hope you enjoy yourself in Malaysia. Have you taste Durian before?
Him: YES, THE TASTE IS  BETTER THAN THE SMELL..
Me: LOL!













4 comments:

syakirah samat said...

wowww !! doyan...hehehe. boleh niaga dah niey Q oii..

hehehehhee :)
selamat makan buat doyan dehhh

~Queen Q~ said...

selamat dah doyan ni sume hbs.. hehe

Nizam Ijam said...

nak 10!!!!!! :)



” Nizam Ijam Dot Com”

~Queen Q~ said...

dah habis laaaaaaa.. hehe