Thursday, July 28, 2011

GiveAway!!

Sape nak join angkat tangan.. 1,2,3..... 300... 987...1000! WOW RAMAINYE! hehe.. (berangan sekejap)

Esok q nak buat giveaway.. terima kasih kepada pihak penaja yang bermurah hati sedekahkan hadiah-hadiah yang awesome.. macam mana nak menang? senangggggggggg sangat.. tak perlu buat entry special.. takde contest, tak perlu link kan blog q kat blog lain, tak perlu tag, tak perlu isi borang, tak perlu like page, tak perlu jadi follower.. TAK PERLU sume tu :).. habis tu macam mane nak dapat hadiah niiii?? sabar ye, teruskan membaca..

selingan : sekejap lagi q nak buat hadiah untuk GA ni!! excited.. hehehe..

ok, let me tell you the truth.. kalau anda nak hadiah-hadiah ni, anda kena lah datang cafe tempat q keje tu :)

selingan lagi : esok last day q keje! hip hip hoooray! bulan puasa boleh ternak lemak :)


sambung balik... bile dah sampai cafe tu, singgah la gerai q, and automatically anda akan dapat hadiah percuma yang berupa 3 biji kuih-muih.. hehehe.. ini cerita benar ok, xde tipu - tipu..


sebenarnye, esok ade orang nak sedekah kan kuih muih.. q tolong distribute je.. bagus jugak kan ade orang pemurah macam ni.. boleh dapat keberkatan Ramadhan yang semakin hampir dan keberkatan hari jumaat.. kuih yang bakal di giveawayyyyy esok mestilah yang sedap! hehe..

  • Pau kaya, 
  • Pau kelapa,
  • Tepung Gomak aka kuih abuk-abuk, 
  • Karipap pusing, 
  • Kuih kasturi aka kacang,
  • Kuih keria, 
  • Kuih onde bijan aka kuih BOOM, 
  • Kuih Cek Mek molek dan 
  • Roti sardin..


selingan : betul ke mat saleh tu warganegara singapura? (mood : tengok bola malaysia vs singapura) 

ok lah.. tak boleh lama-lama depan laptop ni sebab kuih keria & kuih kasturi tu q, CTM & mak yang kena buat.. q bukan ajak-ajak ayam taw. sape tahu cafe Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan, datang la.. sesiapa je boleh dapat kuih ni.. while stock last :)

p/s : walaupun q tak berapa minat bola, tak kira sukan apa pun, acara apa pun, q doakan yang terbaik buat Malaysia tercinta.. mmuahx.. xoxo..

1 comment:

Lulu Caldina said...

Selamat menyambut bulan ramadan..
Selamat berpuasa.. :)