Wednesday, August 17, 2011

13 Ramadhan 1432 : Misteri Paprik

ENTRY INI MEMAKAN MASA 3 HARI UNTUK DISIAPKAN!
.HARAP MAKLUM.

Sempena bulan puasa ni, blog ni pun puasa jugak!
kesian!

dah la tak bagi-bagi makanan kat die.

nah~
i give u some.

Kerutuk ayam

ikan goreng

sayur kacang buncis

paprik daging misteri

Kacang botol
buah melaka

kenapa kepala ikan tu macam tak sudi je duduk dalam pinggan?
Kenapa tajuk entry misteri paprik? panjang ceritanya. Kire macam kalau kite nak sampai satu tempat ni, kite kena lalu tempat lain dulu.. jalan puluh-puluh kilometer, then baru sampai tempat yang nak dituju. kalau kira displacement vector die, sikit je pon. travelled distance yang je banyak.

macam la paprik ni. Untuk kite rungkaikan misteri, kite kena siasat dulu 6W1H tu. Which, What, When, Where, Who, Why, How.


  • Which : paprik ni lauk kat gambar no 4.
  • What : HILANG. Time sahur tu baru sedar. biasa lah kite nak re-heat lauk berbuka time sahur kan. bila keluarkan lauk-lauk tu, ade yang tak lengkap.
  • When : Bile hilang tu tak tahu lah. sebab dah hilang kan.. bila sedar tu, time nak sahur.
  • Where : From the refrigerator. Where it goes, nanti q cerita.
  • Who : my beloved auntie yang nakal & comel!
  • Why : dah biasa tak sahur. bila anak balik sekolah hujung minggu, kena la bersahur :)
  • How: INI KENA TANYA MAMA! 
timeline q dah bagi tu, mesti dah tahu kan ape yang jadi? Ade lauk hilang. Kami sedar waktu nak bersahur. Bila tak jumpa tu, orang yang simpan lauk berbuka lah kena jadi mangsa soal jawab. Kesian kakyah. sungguh-sungguh die bagi tahu die simpan 4-5 tupperware lauk. 'Takkan la yah nak buang Tupperware".. hehe.. bile dah takde point, takde klu, kami decide nak lupakan je pasal lauk paprik tu.

Pagi tu abah ajak pergi Putrajaya, nak beli air. Tapi tak ikut.. MENGANTUK sangat! Ampun ye abah~
bangun-bangun, q, mak & kak yah buat kuih bunga cina... sedap! tu kuih feberet q. bile makan tak payah kunyah. kemam je pun dah boleh telan :) tengah-tengah buat tu, mama datang, ajak makyu pergi seremban rumah makngah. mama nak hantar aimal kat Kuala Pilah. so, pergi sekali je lah. jimat minyak.. hehe..

suddenly, mama kate die nak confess something kat emak. "kawan amik lauk awak semalam.. ehehe".. (mama special sikit, suka bahasa kan diri "kawan") then we all started to "laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. penat kitorang carik".. blablabla.. atlast, terungkai lah misteri kehilangan Lauk paprik tu. rupe-rupenye mama amik sebab nak bagi my cousin, aimal sahur since mama memang tak masak. tapi  they didn't cahur dengan lauk tu pon. mama kate beli burger je untuk aimal..

habis tu, ape jadi dengan lauk paprik tu?

Fb conversation with mama :)

jadi lauk berbuka rupanya. LOL!

P/s: rezeki Allah bagi, kita kena kongsi :)

No comments: