Thursday, August 4, 2011

3 Ramadhan 1432 : Petola

Assalamualaikum..

Pada suatu masa dahulu, ade seorang murid sekolah rendah. Beliau baru darjah 1. Apabila tiba ujian bulanan, beliau mendapat 98 markah bagi matapelajaran Bahasa Melayu! beliau sungguh sedih kerana tidak pandai mengeja. 

Soalannya berbunyi begini, susun sukukata-sukukata dibawah menjadi satu perkataan. Di dalam ketas soalan itu tercetak gambar 'sesuatu' yang kelihatan seperti katu besbol..  Dengan gigihnya si murid itu tadi menyusun sukukata-sukukata.. | TO-PE-LA | TO-LA-PE | LA-PE-TO | LA-TO-PE| PE-TO-LA | PE-LA-TO |...
secara tiba-tiba beliau mendapat ilham seperti pelajar baru tingkatan 4 yang baru mengenali tajuk kebarangkalian di dalam matapelajaran matematik. beliau mencuba tajuk fungsi juga (function). akhirnya beliau sepakat memilih jawapan | LA-PE-TO | .. ternyata jawapan beliau SALAH!!

Dan bermula lah episod duka lara si kecil itu yang kerap kali di refresh ingatannya mengenai ujian bulanan setara itu.. sudah jatuh, terseliuh pula.. begitu lah nasib si kecil yang gagal mendapat 4.0 dalam Balasa Melayu.. apabila pulang kerumah, baru lah si kecil itu di perkenalkan dengan sayur-sayuran yang bernama PETOLA....
Sehingga ke saat ini, ujian  bulanan itu menghantui hari-harinya.. seperti hari ke-3 berpuasa dimana Sup Bebola Ayam Petola disaji kan sebagai juadah berbuka puasa.

cube teka nama lauk
-terlalu malas nak bagi tahu perkara common-
jawapan bocor: ikan masak taucu!


  • Murtabak megi di request oleh emak
  • abah beli kuih tako (saya teringin kuih perahu aka kuih tepung pelita)
  • kuih seri muka memang kegemaran saya!

SELAMAT BERBUKA PUASA!

4 comments:

.zara. said...

wahhh~ meriah you!
seronok la tukang masak ramai! ehhe

~Queen Q~ said...

hari ni dah tak meriah.. hehe

.zara. said...

kenape dah x meriah?

~Queen Q~ said...

sbb banyak air je.. hohoho