Friday, August 19, 2011

Malu besar!

Teh o..
Ini memang feberet saya..

tapi, hari ni teringin nak merajuk dengan teh o la!
die buat saya malu besar..

ni ha gambar teh o 
tadaaa.


tapi teh o atas ni macam ganas sangat.
panas berasap!

Teh o ni lebih friendly.
nampak menyelerakan dan sedia diminum pada bila-bila masa.

Berbalik kepada tajuk entry, teh o ni telah buat saya malu besar. (tak pasal-pasal teh o kena blame. kesian). Macam ni ceritanya. Tadi kami sekeluarga hantar pakcik Epun kat KLIA. Beliau nak buat umrah. Seronok kan?? lebih-lebih lagi ni dah dekat 10 malam terakhir. Semoga pakcik Epun bertemu cik Laila di Tanah Haram.. errr.. maksud saya, Lailatulqadar  :)

Lepas hantar pakcik, kami ofkos la nak Iftar kan. nak senang, makan kat malee je. dekat dengan rumah. Dah order-order bagai, tunggu 15-20 mins. air pun sampai. kami pun distribute la air tu. Of course la q nak air panas-panas sikit. tak  boleh la terus minum air sejuk beku ni. sakit tekak nanti. terkejut tekak q dengan perubahan suhu mendadak. tapi air sejuk pun ade la. teh o ais limau. tapi teh o ais tu q tolak tepi sikit. nak air panas dulu. teh o duduk betul-betul depan mata.. q pun minum. alhamdulillah. basah pun tekak. 

Tiba-tiba..
Along : eh, adik dah minum?
Me : eh.. alamakkkkkkkkkkkkkk.. malunye!!!!!! (terus tekup muka kat lengan kak yah)

malu sangat! tak tahu la sape lagi yang nampak! habis along, kak yah ketawa.. jahat taw! Cik Ana pun nampak kot.. lagi la malu... aiyoooo...  kak yah kata merah muka q. mane tak nye 2 minit lagi kot baru azan.. aduhai... tapi takpe, tu lah rezeki namanya.. (=,.=)v.. 

p/s: lain kali letak air jauh-jauh. bile tengok orang dah minum baru kita ikut ye. kalau tak tanggung lah malu sendiri :p

4 comments:

. Z A R A . said...

hehe. xde keje... teruja sangat la tu? hehe!

btw, dah ade header!!!

~Queen Q~ said...

tak boleh nampak teh o laaaa.. hehe..
zai, 3 hari kot q nak buat ni. pilih2 font sume.. adoi!

syakirah samat said...

cayalah Q , hihihihi . ye2 rezeki nk buat mcm mne :))

oshin said...

hahaha xpe...disunatkan berbuka awal...*ayat cover*

jom join
http://gurlgemini.blogspot.com/2011/08/segmen-oshin-mimpi-yang-paling-best.html